Penerbitan Manisnya Cinta Di Cappadoccia

Pengarah filem ini, Bernard Chauly, telah diberi lima buah novel cinta popular oleh salah sebuah studio filem ini,Global Station untuk dijadikan sebagai filem pada 2012. Antara kelima-lima novel tersebut, novel 'Manisnya Cinta' hasil nukilan Anis Ayuni telah dipilih.[3] Filem ini telah menjalani pengambaraan selama sebulan (antara bulan April dan Mei 2013) di Lembah Klang dan di dua buah bandar di Turki, Cappadocia dan Anatolia.[4][5] Untuk pengambaraan di Turki, pihak produksi telah bekerjasama dengan pihak Turkish Tourism untuk menghasilkan visual yang terbaik.[6] Bernard mengambil inisiatif sendiri untuk meninjau lokasi penggambaran tanpa bantuan pemandu pelancong dengan menyewa sebuah kereta dan memandu lebih 2,500 kilometer dalam masa seminggu.[7] Bermula dari Cappadoccia ke Anatolia sehingga ke Pamukkale dan kemudian berakhir di Ephesus dan Izmir berdekatan lautan Aegean.[8] Filem ini merupakan gandingan kedua Fazura dan Shaheizy Sam selepas drama Kisah Cinta di TV3.[9] Shaheizy Sam mengakui babak paling sukar untuk dilakukan di dalam filem ini ialah ketika wataknya, Nazmi melamar Ifti Liyana (Nur Fazura).[10] Dia menyatakan babak ini memakan masa selama 20 minit di dalam cuaca sejuk bersalji tetapi berjaya dihasilkan melalui satu percubaan sahaja.[11] Ketika produksi, dilaporkan bahawa teraju filem ini, Sam dan Fazura telah bercinta (cinta lokasi).[12][13][14][15][16][17] Penulis novel asal, Anis Ayuni berpuas hati dengan filem ini tetapi mengingatkan kepada pembaca novel asal agar tidak menjangkakan semua babak di dalam novel akan muncul di dalam filem ini. Antara perubahan paling ketara di dalam filem ini berbanding novel asal ialah lokasi Mesir di dalam novel telah diubah kepada Cappadocia, Turki[18] selepas kejayaan filem Istanbul Aku Datang!.

Rujukan

WikiPedia: Manisnya Cinta Di Cappadoccia http://www.astroawani.com/berita-hiburan/lelaki-ha... http://www.astroawani.com/berita-hiburan/sinema-ma... http://beautifulnara.com/13-gambarnur-fazura-di-tu... http://beautifulnara.com/bercinta-dengan-fazura-sh... http://buletinharian.com/manisnya-cinta-di-cappado... http://www.dramaticdurian.com/2014/12/the-sweet-lo... http://www.imdb.com/title/tt5914268/ http://malaysiagazette.com/ms/hiburan/kurang-manis... http://malaysianreview.com/gossip-artis-malaysia/f... http://www.ohbulan.com/foto-fazura-di-sebalik-tabi...